Pembekalan Komputer/Pencetak dan Mesin Pendua Digital(Copy Printer)Ke Semua Sekolah Menengah Pulau Pinang

Assalamulaikum/Salam sejahtera.

Tuan/puan,

Pihak Kementerian Pelajaran sedang membekalkan perkakasan tersebut. Sila ambil maklum.

Rujukan KPM: KP(BS-PP)8786/020/7 (10)
Tarikh: 23 Mac 2007

3. Bagi Daerah Pulau rujuk maklumat berikut:-

6 buah sekolah akan dibekalkan 4 unit pc dan 1 unit pencetak
10 buah sekolah akan dibekalkan 2 unit pc (selebihnya akan dibekalkan kemudian)

4. Model Printer - Samsung ML-2551N

5. Komputer -ACERPOWER FH
Intel Pentium D Processor
1GB Memory
17" LCD Monitor
HDD 80GB(2 Partition)
Windows XP Professional (Service Pack 2)
DVD/CD-RW combo

6. Mesin Pendua Digital(copy printer) Model- RISO RZ330M

7. Untuk makluman pembekalan peralalatan ICT adalah meliputi:

  1. 1 unit komputer dan 1 pencetak untuk pengurusan sekolah bagi tujuan penggunaan sistem aplikasi sedia ada seperti EMIS, SMM SSDM, Sistem Buku Teks, Biasiswa, Edaftar,Data pelajar,Sistem Jadual Waktu dan yang berkaitan di bawah tadbiran Guru Penolong Kanan 1
  2. 1 unit komputer untuk tujuan bukan pengurusan seperti kegunaan kerja bukan akademik seperti kegunaan kerja bukan akademik seperti ko-kurikulum, hal ehwal murid, persatuan dan sebagainya, di bawah tadbiran Guru Penolong HEM.
  3. 1 unit komputer untuk tujuan kegunaan Setiausaha Peperiksaan STPM,SPM dan 1 unit komputer Setiausaha Peperiksaan PMR dan 1 unit mesin OMR bagi tujuan gunasama.
  4. 1 unit digital copier bagi kegunaan umum khususnya bagi pencetakan dalam jumlah yang besar seperti kertas-kertas soalan ujian dan peperiksaan.

8. Bagi pembekalan Fasa I dan II semua sekolah menengah akan menerima peralatan seperti tersebut di atas,manakala pembekalan sekolah rendah akan menerima secara berperingkat bermula bagi sekolah dalam kategori A.

9. Sehubungan dengan itu semua Jabatan Pelajaran Negeri adalah diminta memaklumkan perkara ini kepada semua sekolah yang terlibat.Pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah berhubung dengan En. Yusni Afindi Lukman atau En. Sukimin Juki,Sektor PKICT, Bahagian Sekolah di talian 03-8884-9497/9458/9457.

Harap maklum.
Sebarang kemusykilan sila rujuk atau hubungi:

Unit Pembangunan JPN/PPD
Unit Maklumat JPN/ PPD
Helpdesk:03-42526939 fax:03-42516939(Komputer dan Pencetak)
Helpdesk:04-5372239/4239/8239 Fax:04-5379239(RISO)-Pendua Digital(copy printer)
Helpdesk:(Mesin OMR)-akan dimaklumkan kemudian.

Sekian. Terima kasih.
Wassalam/Salam sejahtera
UNIT MAKLUMAT PPD PULAU

No comments: